Melaka rekod kluster pertama berpunca ziarah Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 20 Mei. – Melaka mencatat kluster pertama berkait ziarah Aidilfitri menerusi Kluster Batu Lapan Bukit Rambai yang direkodkan hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu kenyataan berkata, kes itu tercetus daripada seorang lelaki berusia 70 tahun yang bergejala.

Kes bagaimanapun disyaki mula merebak semasa Hari Raya pertama, apabila semua sanak saudara berkumpul untuk menziarahi kes yang sedang sakit.

“Seramai 28 orang kontak rapat telah disaring membabitkan individu dari daerah Melaka Tengah dan Jasin dan sehingga hari ini, seramai 12 kes dikesan positif,” kata kenyataan itu.

Jabatan berkenaan turut memaklumkan pertambahan dua lagi kluster baharu hari ini, melibatkan tempat kerja iaitu Kluster Jalan Dato Dol Said dan Kluster Bukit Tempayan.

Kluster Jalan Dol Said melibatkan majoriti kakitangan jabatan kerajaan di daerah Alor Gajah yang kemudian turut merebak ke daerah Jasin yang kini telah merekodkan 27 kes positif dan 136 kontak rapat.

Manakala Kluster Bukit Tempayan pula disyaki tersebar menerusi jangkitan sporadik (komuniti) yang kemudian menular ke dua tempat kerja yang berlainan.

Kluster itu, kini mencatat 11 kes positif dan seramai 62 kontak rapat telah disaring.

Sehingga kini, seramai 1,106 individu masih dirawat dengan 45 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 10 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

404
Kongsi :
Previous post COVID-19: Melaka catat 212 kes, empat kematian, tiga kluster baharu, angka tertinggi harian direkodkan
Next post PSM dibuang dari ASTAF, diberi masa 14 hari untuk merayu
Ubah saiz-+=