Melaka Ride & Run promosi TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

KUALA LUMPUR 16 Julai – Lebih 3,000 peserta mengambil bahagian dalam Program Melaka Ride & Run bersempena penganjuran Festival Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, hari ini.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, berdasarkan sambutan amat menggalakkan, Kerajaan Negeri bercadang untuk menganjurkan lagi program seumpama itu bagi terus mempromosikan TMM2024 berbaki beberapa bulan sahaja lagi.

Abdul Razak berkata, jika mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak berkenaan termasuk badan korporat program itu boleh dilaksanakan di negeri lain selain Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah bagi program pagi ini Kerajaan Negeri mendapat kerjasama amat baik daripada DBKL dan Warisan AD senagai penaja, malah jumlah penyertaan sangat ramai suasana amat meriah.

IMG_1278
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman turut menyertai Melaka Ride & Run Car Free Zone sempena Festival Tahun Melawat Melaka 2024 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kuala Lumpur.
Turut bersama Timbalan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Zaidi Attan. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Peluang yang ada digunakan untuk membuat promosi dan hebahan dengan mengedarkan risalah mengenai lokasi menarik di Negeri Melaka serta pakej pelancongan yang ditawarkan sepanjang TMM2024 nanti,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta program itu.

Hadir sama Timbalan beliau, Datuk Zaidi Hattan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sr. Kamarulzaman Mat Salleh.

Sebelum pelepasan peserta dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan yang dijayakan oleh Briged Seni Melaka.

Selain itu kehadiran empat buah beca yang dibawa khas dari Melaka ke program itu turut menarik perhatian peserta.

Mengulas lanjut Abdul Razak berkata, konsep ‘car free zone’ (zon bebas kenderaan) di Kuala Lumpur akan dilaksanakan di Melaka dan perkara itu sudah dipersetujui Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2237
Kongsi :
Previous post Tambah keahlian menerusi MUTIARA
Next post Tiada kebenaran anjurkan ‘ratu pondan’
Ubah saiz-+=