Tambah keahlian menerusi MUTIARA

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

BANDARAYA MELAKA 16 Julai –Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) menyasarkan pertambahan bilangan keahlian menerusi pembabitan anak dan ahli keluarga terdekat bekas wakil rakyat yang dikenali sebagai MUTIARA.

Presiden MUBARAK Malaysia Tan Sri  Abd Aziz Rahman berkata, dalam memastikan hasrat itu dapat direalisasikan pihaknya akan menjadikan MUBARAK Melaka sebagai  model untuk dijadikan contoh kepada negeri lain.

“Kebanyakan MUBARAK ahli bersekutu terdiri daripada isteri atau suami tetapi Melaka sudah tiga tahun membabitkan penglibatan anak-anak serta ahli keluarga terdekat.

“Oleh itu apa yang dipraktikkan di sini kita akan panjangkan ke negeri lain dengan mengambil konsep yang sama menjadikan ahli keluarga terdekat sebagai MUTIARA sekali gus dapat sama-sama memberikan sumbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sambutan Hari MUBARAK Melaka yang turut dihadiri Yang Dipertuan MUBARAK Melaka Datuk Nazari Adzim.

Terdahulu majlis dirasmikan oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka iaitu Abdul Aziz Baba yang mewakili Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu Nazari berkata, pihaknya menyasarkan mempunyai kira-kira 1,000 orang MUTIARA pada tahun hadapan dalam memperluaskan lagi program dan juga sumbangan.

“Keahlian MUBARAK sebenarnya tidak ramai tidak sampai 40 orang jadi untuk mempunyai kumpulan yang besar kita babitkan MUTIARA dan untuk menarik minat anak-anak MUBARAK terutamanya kita adakan anugerah tokoh.

“Kerana saya lihat anak-anak MUBARAK ini ada yang berjaya dan sebaliknya jadi sebagai langkah pertama, saya buat adalah kumpulkan yang berjaya dan kita gandingkan bersama-sama untuk memberi kepada yang lain.

“Untuk sambutan MUBARAK Negeri Melaka ke-30 empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menerima anugerah tokoh iaitu Adun Paya Rumput, Datuk Rais Yasin; Adun Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Adun Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis serta Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

Menurut beliau turut sama menerima Anugerah Tokoh MUBARAK adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Datuk Shadan Othman serta bekas Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Fadhilah Md Saleh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1022
Kongsi :
Previous post Atuk ‘pilot’ belon udara panas
Next post Melaka Ride & Run promosi TMM2024
Ubah saiz-+=