
Melaka Rumahku perlu berteraskan tiga perkara
AYER KEROH 23 Julai – Ikatan yang erat antara kerajaan dan rakyat perlu berteraskan tiga perkara bagi kemakmuran dan kesejahteraan Melaka Rumahku.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, tiga tunjang utama itu sangat penting untuk membentuk kerjasama utuh antara pemimpin dan rakyat.
Katanya, ketiga-tiga persamaan juga dilihat signifikan pada ketika ini terutama apabila negara berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.
“Bagi membahagiakan rakyat dan memaju jayakan Melaka Rumahku, sekurang-kurangya mesti bertunjangkan tiga perkara.
“Pertama, persamaan atau kesatuan hala tuju atau dalam Bahasa Arab ‘Wahdatul Hadaf’, kedua kesatuan pemikiran atau ‘Wahadatul Fikr’ dan yang terakhir, persamaan tindakan yakni, ‘Wahdatul Amal’,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Bangunan Seri Negeri di sini.
Sulaiman berkata, ketiga-tiga persamaan itu amat penting pada ketika ini ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19.
“Kita masih belum menang, cabaran ekonomi domestik dan global yang masih tidak menentu, (dan) cabaran politik yang belum dan nampak kesudahan (serta) cahaya penyelesaian di hujung terowong,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MASUK PERCUMA 31 OGOS: ZOO MELAKA SEDIA SAMBUT PENGUNJUNG
AYER KEROH 12 Ogos - Zoo Melaka bersiap sedia menerima kehadiran orang ramai sempena kemasukan percuma pada Hari Kebangsaan, 31...
SUKMA: MELAKA SASAR EMAS BERBASIKAL, MOHD HAFIQ JADI SANDARAN
AYER KEROH 12 Ogos – Persatuan Berbasikal Negeri Melaka (PBNM) menyasarkan sekurang-kurangnya satu pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII...
MAIM SEDIA BANTU KOS RAWATAN, INI CARA MOHON
AYER MOLEK 12 Ogos - Penjaga atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan dan pembedahan boleh mendapatkan...
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
AIR MATA TANDA SYUKUR, IMPIAN MILIKI KEDIAMAN SELESA TERCAPAI
GADEK 12 Ogos - Air mata menjadi tanda kesyukuran seorang warga emas selepas impian untuk memiliki kediaman lebih selesa menjadi...
