Melaka sasar setengah juta pelancong Singapura

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BANDA HILIR 18 Julai – Melaka menyasarkan hampir 10 peratus atau 560,000 daripada 5.6 juta pelancong yang berkunjung ke Melaka tahun ini adalah dari Singapura.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Saari Basiron berkata, ia berikutan pemain industri dari negara itu telah menunjukkan respon positif terhadap produk pelancongan Melaka.

“Kita dapat lihat menerusi Program Semarak Pelancongan dan Padanan Niaga Negeri Melaka bersama Agen-agen Kembara Singapura, kesemua 40 pemain industri Singapura menunjukkan reaksi positif.

“Kita dalam perancangan mengadakan promosi di Singapura pada hujung bulan Ogos ini yang dikenali ‘Discovery Malaysia’ anjuran Tourism Malaysia Singapura dengan kerjasama industri kita di Singapura.

“Di situ kita mungkin buat ‘follow up’ apa yang kita dah buat sekarang ini untuk kita muktamadkan atau mempromosikan lebih banyak lagi produk pelancongan Melaka ke pasaran Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program tersebut di Hotel Ibis di sini, hari ini.

BANDA HILIR 18 Julai – Sekitar Program Semarak Pelancongan dan Sesi Pandanan Niaga Melaka bersama Singapura Tahun 2022 di Hotel Ibis, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka, Goh Hock Gin berkata pemain industri pelancongan Melaka dan sentiasa bersedia menerima kemasukan pelancong

“Kita memberi jaminan bahawa Melaka selamat untuk dikunjungi, mereka (pelancong) boleh datang ke dan rasai sendiri pengalaman melancong di Melaka.

“Melaka tiada sebarang isu kerana kita dah lama bersedia untuk menerima kehadiran pelancong,” katanya.

Mengikut rekod, Melaka hanya merekodkan sebanyak 4,895 pelancong dari Singapura pada tahun 2021 berbanding 100,549 pada 2020 berikutan penutupan pintu sempadan Malaysia dan COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1384
Kongsi :
Previous post Siti Nuramira, teman lelaki selesai bayar jaminan RM40,000
Next post Rayu percepatkan pembinaan balai bomba
Ubah saiz-+=