
Melaka siap-siaga hadapi gelombang ketiga COVID-19
AYER KEROH 6 Okt. – Kerajaan Melaka bersiap-siaga menyediakan pelbagai peralatan kecemasan bagi merawat pesakit COVID-19, susulan penularan semasa wabak itu.
Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Rahmad Mariman, Melaka ketika ini sudah menyediakan 78 buah katil yang dikhususkan bagi merawat pesakit COVID-19 atau individu dalam siasatan (PUI) yang boleh ditambah sehingga 145 katil, jika ada keperluan di Hospital Melaka.
“40 buah katil disediakan untuk pesakit ‘low risk’ COVID-19 di Kolej Jururawat
Hospital Melaka.
“Jumlah keseluruhan ventilator adalah 54 unit termasuk 8 unit yang dikhaskan
untuk kes kritikal COVID-19.
“Semua pejabat kesihatan daerah, klinik kesihatan dan perkhidmatan ambulans di
Melaka juga telah bersiap-siaga bagi menghadapi situasi peningkatan kes COVID-19.
“Semua pintu masuk Negeri Melaka juga dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan.
“Negeri Melaka turut menghantar pasukan mobilisasi ke KLIA dan pusat kuarantin
di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi membantu pengurusan pesakit COVID-19 di sana,” katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.
Views:
Related

Berita Lain
CHIKO JADI ‘GURU’ ZOO MELAKA PERKASA PEMBIAKAN HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 30 September - Pengalaman bersama Harimau Malaya jantan, Chiko dalam program pembiakan dalam kandang (MyBIT) kini menjadi 'ilmu'...
WANITA CERIA LUBOK CHINA CIPTA TART NASI LEMAK, KUIH LOPES
AYER LIMAU 30 September - Bermula daripada kebosanan selepas pulang ke kampung, lima wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
MPJ BAWA ASPIRASI BANDAR PINTAR JASIN KE PENTAS DUNIA
JASIN 30 September - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) membawa aspirasi pembangunan Jasin Smart City 2035 ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan...
TAPEM SALUR RM8 JUTA BANTUAN PENDIDIKAN SETAKAT OGOS
AYER KEROH 30 September - Dianggarkan sebanyak RM8 juta daripada RM12 juta peruntukan tahunan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)...
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...

