Melaka siasat punca, alasan peniaga naikkan harga makanan

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 16 Mei – Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga atau pengusaha makanan yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan.

Amaran itu diberikan sebagai ingatan agar mereka tidak menggunakan alasan kekurangan bekalan barangan asas seperti minyak masak peket dan tepung untuk menaikkan harga jualan makanan.

EXCO Hal Ehwal Pengguna Negeri Ngwe Hee Sem berkata, tiada keperluan untuk peniaga menaikkan harga makanan kerana kebanyakan barangan asas berada di bawah harga kawalan yang sudah ditetapkan kerajaan.

“Mereka tidak boleh menaikkan harga dengan alasan barangan ini berlaku kekurangan bekalan kerana harga diperoleh mereka masih dibawah harga kawalan ditetapkan.

“Sekiranya kita kesan terdapat peniaga yang bertindak demikian, tindakan saman atau kompaun akan diambil kerana ianya sepatutnya tidak berlaku kerana sebelum ini amaran sudah beberapa kali diberikan,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga akan meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri melakukan siasatan sekiranya terdapat pemborong yang bertindak mengehadkan bekalan minyak peket bersubsidi dan tepung.

“Kita akan melakukan siasatan juga sekiranya ada pemborong yang cuba hadkan bekalan dengan harapan kerajaan akan menaikkan harga jualan.

“Itu hanya khabar angin sahaja yang diperkatakan tetapi sehingga kini belum ada lagi jadi tidak perlu untuk hadkan bekalan kepada peruncit,” katanya.

Menurut Hee Sem, dalam menangani hal kenaikan harga barangan dan makanan, KPDNHEP secara berterusan melakukan pemeriksaan dan pemantauan di lapangan.

“Penguatkuasa KPDNHEP setiap hari melakukan pemantauan harga dalam mengesan kenaikan harga yang sekaligus boleh membebankan pengguna,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1076
Kongsi :
Previous post Pertukaran guru: KPM susun semula proses libatkan 4 kali pertukaran setahun
Next post Nelayan dikhuatiri lemas selepas candat sotong
Ubah saiz-+=