Melaka tak cadang tambah kawasan baharu ternak babi

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 27 Julai – Kerajaan negeri tidak bercadang membuka kawasan baharu bagi penternakan babi di negeri ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, buat masa ini kawasan penternakan babi di Paya Mengkuang tidak akan dipindahkan ke kawasan lain meskipun ladang itu masih belum bebas daripada lokasi wabak Demam Babi Afrika (ASF).

Katanya, buat masa ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Melaka sedang menyediakan kertas kerja untuk mewujudkan kawasan penternakan babi moden yang akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Akibat wabak ASF pada Disember tahun lalu, Paya Mengkuang telah menjadi kawasan wabak ASF dan sehingga kini ia masih belum disahkan bebas.

“Oleh itu, JPV Melaka akan menyediakan kertas kerja untuk membangunkan kawasan penternakan babi moden.

“Ini bermakna kita tidak akan menggunakan sistem lama dan ia akan berubah kepada sistem lebih moden untuk penternakan babi dan ia bagaimanapun memerlukan kelulusan dalam MMKN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) sama ada akan diwujudkan kawasan penternakan babi baharu di Kuala Sungai Baru pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di sini hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1464
Kongsi :
Previous post Melaka bakal bangunkan pusat data kedua terbesar di Malaysia
Next post Klinik Kesihatan Simpang Ampat baharu dibina 2028
Ubah saiz-+=