Sorting by

×

MELAKA TERIMA 21 PROJEK BERKAITAN AIR BERNILAI RM3.1 BILION

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

TANJUNG BIDARA 25 April – Sebanyak 21 projek berkaitan air dengan nilai RM3.1 bilion telah diluluskan di Negeri Melaka oleh Kerajan Persekutuan setakat 6 April tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah itu diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) dan Ketiga Belas (RMK13).

Jelas beliau, di bawah Rolling Plan Pertama (RP 1) tahun ini, sejumlah RM274 juta telah diperuntukkan untuk Negeri Melaka.

“Kerajaan Persekutuan yakin dengan siapnya keseluruhan projek yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah PETRA seperti Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Bekalan Air (JBA), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), ia akan dapat mengatasi pelbagai isu dan cabaran serta memberi impak sosio-ekonomi yang positif kepada penduduk Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2026 Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Air Milik Semua’ di Dataran Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Mad Zaidi Mohd Karli; Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA Datuk Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri; Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Ir. Azren Khalil; serta lain-lain kenamaan.

Fadillah berkata, Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan cakna dalam memastikan kemampananan pelaksanaan projek-projek kerajaan untuk menjamin impak yang maksimum kepada rakyat Melaka.

“Pemantauan yang komprehensif dan berterusan merupakan kunci utama kepada pembangunan negara yang seimbang seperti mana yang dihasratkan oleh citra Malaysia MADANI,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

126
Kongsi :
Previous post MPJ JADIKAN BANDAR JASIN LEBIH ‘ESTETIK’
Next post MELAKA RANGKA 4 PROJEK STRATEGIK KUKUH BEKALAN AIR