Sorting by

×

MPJ JADIKAN BANDAR JASIN LEBIH ‘ESTETIK’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

JASIN 25 April – Usaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) memperindah Bandar Jasin yang sebelum ini dikenali sebagai ‘pekan lama’ menambah lagi nilai estetika kawasan itu daripada suram kepada lebih ceria.

Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, langkah itu digerakkan dengan mewujudkan Laman Seni @ Jasin Street Art dengan keindahan lukisan mural berwarna-warni.

Jelas beliau, inisiatif yang digerakkan secara berpasukan itu dilakukan secara berfasa sehinggalah kini ia semakin berkembang dan mencuri perhatian ramai.

“Kalau kita lihat, Bandar Jasin ini adalah bandar lama, jadi kalau kita ingin memelihara kawasan ini, kita perlu menambah lagi kecantikan atau nilai estika kawasan ini.

“Jadi, apa yang kita lakukan adalah memperindah kawasan ini dengan lukisan mural dan seterusnya kita menambah baik pelbagai tarikan lain termasuklah di kawasan Jasin Waterfront,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian pada Program Walkabout Laman Seni @ Jasin Street Art dan Majlis Perasmian Pusat Pandu Lalu KITARecycle Taman Muhibbah Jasin, di sini, yang disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin, pada Rabu.

Menurut Muhammad Zahiruddin, pihaknya dalam semasa ke semasa akan terus menambah baik dan memelihara pelbagai tarikan yang ada, bukan sahaja untuk memperindahkannya tetapi juga demi kesejahteraan warga Jasin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

481
Kongsi :
Previous post SISA ELEKTRONIK BOLEH DIHANTAR KE PUSAT KITAR SEMULA PANDU LALU