Melaka terima lebih 1.3j pelancong Jan-Nov tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

PENGKALAN RAMA 12 Dis – Walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19, jumlah kedatangan pelancong ke Melaka tetap dianggap membanggakan tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, setakat Jan hingga Nov 2021, Melaka merekodkan kehadiran pelancong seramai 1,303,582 juta orang dari dalam dan luar Negeri Melaka.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, premis penginapan termasuk hotel dan inap desa (homestay) mencatatkan seramai 358,776 pengunjung, hospital swasta 404,665 dan tempat-tempat tarikan pelancong seramai 540,141.

“Syukur Alhamdulillah, pada 18 Okt lalu, Melaka telah pun beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kita tidak menang tangan menerima kunjungan para pelancong dari luar Negeri Melaka.

“Insya-Allah, dengan kemasukan ramai pelancong, sektor ekonomi khususnya sektor pelancongan Negeri Melaka akan kembali pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Pakej Everlasting Love Melaka River Cruise anjuran Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) di Taman Rempah, malam ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman memaklumkan, Melaka River Cruise yang terkenal sebagai ikon pelancongan Melaka tidak terkecuali menerima tempias positif sebaik sektor pelancongan kembali dibuka.

Katanya, setakat Jan hingga 7 Dis jumlah kedatangan pelancong menaiki Melaka River Cruise ialah seramai 212,121.

“Daripada pencapaian pengunjung tersebut, peratusan pelancong domestik adalah sebanyak 98 peratus manakala pelancong antarabangsa sebanyak dua peratus.

“Bukan itu sahaja, Melaka River Cruise juga telah mendapat pengiktirafan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia dan Tourism Productivity Nexus menerusi Program Free Covid-19 Destination,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1971
Kongsi :
Previous post Selepas ‘bot cinta’ Melaka akan perkenal ‘bot loncat-loncat’ – KM
Next post Hubungan PAS-UMNO masih baik – Abdul Hadi
Ubah saiz-+=