Melaka tuan rumah forum ATCC dan mesyuarat khas ATCCT

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 12 Jun – Melaka dipilih menjadi tuan rumah Forum ASEAN Tourism Crisis Communication (ATCC) dan Mesyuarat Khas Ke-3 ASEAN Crisis Communication Team (ATCCT) yang menampilkan seramai 50 delegasi dari negara-negara ASEAN.

Menurut kenyataan medianya, forum diadakan bermula 12 Jun (hari ini) hingga 14 Jun itu bagi mengenal pasti kaedah komunikasi serta strategi efektif dalam mengendalikan krisis seperti pandemik COVID-19 sebelum ini.

“Hampir 50 delegasi terdiri daripada agensi-agensi pelancongan kebangsaan (NTO) dari negara-negara ASEAN menghadiri program ini bagi mengendalikan krisis seperti pandemik COVID-19 yang melanda negara sebelum ini.

“Forum ini juga mengetengahkan perkongsian pengalaman dan penambahbaikan antara negara-negara ASEAN bagi memastikan pemain industri pelancongan serta komponen sokongan industri ini bertindak lebih efisien dan sistematik.

“Terdapat juga wakil-wakil dari negara China, Jepun, India, Korea Selatan, Rusia dan Timor Leste yang merupakan ahli terbaru ASEAN selaku pemerhati hadir pada forum ini,” kata kenyataan itu.

Forum tersebut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri, Tourism Melaka, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara(MKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan banyak lagi.

Kata kenyataan itu, bagi menyokong kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), para delegasi turut dibawa melawat beberapa tarikan pelancongan di sekitar seperti Banda Hilir, Kampung Morten, Melaka River Cruise dan taman Mini Malaysia yang kini dikenali sebagai Malaysia Heritage Studios.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

811
Kongsi :
Previous post Nelayan Melaka ceria sambut Aidiladha
Next post Projek infrastruktur kecil dipindah ke jabatan lain, pejabat daerah
Ubah saiz-+=