Melaka umum rebat 15 peratus bil air untuk pengguna terjejas banjir

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BUKIT BERUANG 2 Nov – Kerajaan negeri mengumumkan rebat 15 peratus bil air bagi pengguna yang terjejas dengan banjir di seluruh negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, inisiatif itu akan disalurkan kepada pengguna di ketiga-tiga daerah di Melaka dengan jumlah keseluruhan 40,235 akaun terlibat.

Katanya, kesemua kawasan terjejas banjir membabitkan 24,141 akaun pengguna domestik dan hampir 16,000 pengguna bukan domestik itu akan menerima rebat 15 peratus bagi bil bulan Oktober.

“Kita akan salurkan inisiatif ini menerusi SAMB kepada mangsa banjir di negeri ini kerana banyak penggunaan air diperlukan ketika bencana ini berlaku.

“Kita akan berikan rebat ini di mana-mana kawasan yang ditenggelami banjir dalam tempoh Oktober (lalu),”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan mengejut di Taman Bukit Beruang Bestari, di sini pagi tadi.

Dalam pada itu menurutnya, bantuan bencana kepada mangsa banjir perlu dinaikkan bagi meringankan bebanan yang diterima keluarga terlibat.

“Kalau boleh bantuan ini kita naikkan, ia tak boleh lagi kalau dulu mereka dapat RM100 takkan hari ni pun masih dapat RM100, harga barang pun dah naik.

“Ia perlu buat kajian semula kerana bantuan bencana alam ini mesti dipertingkatkan kerana dalam keadaan fenomena yang tak menentu ini kita tak jangka bila berlakunya banjir.

“Mereka patut terima bantuan bencana ni bukan pada tempohnya iaitu pada ketika musim tengkujuh, kita minta kajian ini dibetulkan balik, ia tak sesuai lagi,” ujarnya.

 

-Berita penuh menyusul-

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

441
Kongsi :
Previous post Masih ada ruang UMNO-PAS bekerjasama
Next post KM arah kerja awal atasi banjir bermula esok
Ubah saiz-+=