
Melaka United lunas dendam, berjaya ke suku akhir Piala FA
KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) menempah slot ke suku akhir Piala FA apabila berjaya menundukkan PJ City FC 2-1, malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka selaku tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi Sony Norde.
Gol itu terhasil selepas Sony menyudahkan hantaran lintang Wan Amirul Afiq untuk meletakkan skuad Hang Tuah di depan.
Keputusan satu gol tanpa balas itu kekal hingga separuh masa pertama.
Besambung di babak kedua, pasukan pelawat bagaimanapun menggandakan asakan dan hasilnya mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 menerusi Darren Lok.
Namun, keputusan itu hanya bertahan lima minit apabila Melaka United kembali di depan menerusi Adriano Narcizo yang menjaringkan gol pada minit ke-55.
Perlawanan terus rancak di selepas itu, namun keputusan 2-1 kek memihak Melaka selepas pengadil meniupkan wisel penamat.
Kemenangan itu bukan sahaja melayakkan Melaka United mara ke suku akhir, bahkan turut berjaya menebus kekalahan pada pasukan sama dalam aksi Liga Super 5 Mac lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILAN
TANJUNG BIDARA 7 November – Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...
DEEPAVALI TETAP MERIAH DALAM BAHANG PRN MELAKA
BANDA HILIR 7 November - Bahang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang semakin terasa tidak sedikit pun memudarkan...
PRN MELAKA: ONN HAFIZ MAHU KERJASAMA BN-PN KEKAL SELAMA-LAMANYA
SERKAM 7 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat dikekalkan selama-lamanya bagi memperkukuh penyatuan...
PRN MELAKA: KJ LIHAT NORAZRIL ADA BANYAK KELEBIHAN DI REMBIA
REMBIA 7 November - Hubungan dua hala antara calon dan masyarakat setempat menjadi antara perkara yang ditekankan bekas Ketua Pemuda...

