Melaka bersih perlu dikembalikan

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

TANJUNG TUAN 14 Mei – Status Melaka sebagai negeri paling bersih suatu ketika dahulu perlu dikembalikan dan dipraktikkan di seluruh negeri bagi memastikan kelestarian dan aspek kebersihan negeri terjamin.

Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jasronita Jasni berkata, isu kebersihan Melaka perlu dijadikan keutamaan malah ia perlu diperluaskan ke seluruh kawasan dan bukan sahaja menumpukan di kawasan pelancongan negeri.

Jelasnya, ia seperti di kawasan luar bandar seperti Pengkalan Balak yang kini menjadi lokasi tumpuan pelancongan domestik ke negeri ini.

Jasronita

“Apabila lihat situasi seperti di Pengkalan Balak, ia memang menyedihkan kerana isu sampah tidak mampu diselesaikan dek kerana sikap orang ramai yang hadir.

“Pantai yang kotor ini semuanya disebabkan sikap kita sendiri yang datang dan mengumpulkan sampah.

“Semua pihak termasuk masyarakat kampung juga oerlu ada kesedaran tentang perkara ini bagi menyemarakkan semula status Melaka sebagai negeri terbersih seperti suatu ketika dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini selepas menghadiri Program Voluntourism Malaysia Bersih dan Indah: Penghijauan Malaysia diadakan di Hutan Simpan Tanjung Tuan, di sini.

Nurin

Sementara itu, seorang peserta, Nurin Hanisah Alhajar,22 berkata, kesedaran pengunjung juga perlu diterapkan dalam menyambut baik misi terbabit.

Katanya, misi Melaka Bersih perlu dijadikan sebagai rujukan seperti yang dilakukan sebelum ini dengan penguatkuasaan dan langkah pembersihan berterusan.

“Kita juga perlu ada kesedaran sendiri jika mahu semarakkan kembali usaha ini.

“Kerajaan negeri dan pihak terlibat perlu bergerak lebih ke hadapan bagi memastikan rakyat dinegeri ini mempunyai amalam pengurusan sampah yang betul bagi melestarikan alam sekitar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2882
Kongsi :
Previous post Melaka United lunas dendam, berjaya ke suku akhir Piala FA
Next post ASEAN, AS ganda kolektif untuk penyelesaian damai di Myanmar
Ubah saiz-+=