
Melaka United tewas lagi
KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) mencatat kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi Liga Super selepas tunduk 0-3 di tangan Kedah Darul Aman FC.
Dalam aksi di Stadium Hang Jebat itu, skuad kendalian Mohd Asri Ninggal ketinggalan pada minit ke-13 menerusi jaringan Mahmoud Almardi.
Tanpa kelibat pemain import dan hanya dibarisi pemain tempatan itu, skuad Hang Tuah gagal mempamerkan aksi seperti biasa apabila kerap menerima asakan pasukan pelawat.
Pada minit ke-83 gawang Melaka dibolosi lagi hasil jaringan Fayadh Zulkifli dan seminit sebelum perlawanan tamat, Melaka terus dihukum dengan jaringan ketiga Kedah yang dijaringkan Mahmoud.

Kekalahan itu, meletakkan Melaka kini sekadar mengumpul 17 mata daripada 17 perlawanan.
Manakala Kedah naik ke tangga kelima Liga Super dengan mengutip 24 mata.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘ JANGAN ADA DURI DALAM DAGING, GUNTING DALAM LIPATAN’ – AB RAUF
MACHAP JAYA 18 Oktober - Semua pihak dalam Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya mengetepikan kepentingan peribadi dan memberikan sokongan penuh...
DANA RAKAN MUDA RANCAKKAN AKTIVITI BELIA, SUKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Oktober – Persatuan belia dan penganjur sukan di negeri ini diseru untuk memanfaatkan peruntukan disediakan oleh Jabatan...
REKOD PRU LALU IKTIBAR BN PERKEMAS PERSIAPAN HADAPI PRN MELAKA
MACHAP JAYA 18 Oktober - Kemenangan Barisan Nasional (BN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menjamin kejayaan di peringkat...
RUNDINGAN AKHIR TENTUKAN AGIHAN KERUSI BN DI LIMA DUN PARLIMEN ALOR GAJAH
MACHAP JAYA 18 Oktober - Rundingan akhir bersama parti komponen dan rakan strategik menjadi penentu agihan kerusi yang bakal ditandingi...
INISIATIF NO RIGHT TURN, GO STRAIGHT TINGKAT KECEKAPAN PENGURUSAN TRAFIK MELAKA
AYER KEROH 18 Oktober - Kualiti pengurusan trafik Negeri Melaka menjadi lebih cekap menerusi inisiatif 'No Right Turn' dan 'Go...
‘DAK BABY’ MULA BELAJAR BERGAYUT
AYER KEROH 18 Oktober – Tujuh bulan selepas dilahirkan, ‘Dak Baby’, anak ungka tangan putih di Zoo Melaka, kini semakin...
