
Melaka United tidak layak beraksi Liga Super 2023
KUALA LUMPUR 1 November – Rayuan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) untuk memohon lesen kebangsaan ditolak.
Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab (AB) Malaysia Football League (MFL) yang membuat ketetapan tersebut, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL Mohamad Yasin Abdullah berkata, pihaknya telah mempertimbangkan rayuan MUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022.
Ia selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022.
“Bagaimanapun AB yang bermesyuarat telah membuat keputusan untuk menolak rayuan MUFC memohon lesen kebangsaan.
“Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad Hang Tuah tidak layak beraksi dalam Liga Super 2023,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Turut berdepan hukuman sama ialah Sarawak United FC.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
EMPANGAN JUS MAMPU BERTAHAN HINGGA NOVEMBER – AB RAUF
ASAHAN 8 April – Bekalan air di Empangan Jus dijangka mampu bertahan sehingga November ini sekiranya keadaan cuaca kering berterusan,...
WRUR ASAHAN: PENDEKATAN FLEKSIBEL BANTU LEBIH RAMAI RAKYAT MILIKI KEDIAMAN
ASAHAN 8 April – Cadangan supaya pembinaan rumah baharu tidak dihadkan mengikut kuota dilihat mampu membuka peluang kepada lebih ramai...
LOJI RAWATAN AIR JUS FASA 2 LEGAKAN PENDUDUK ASAHAN
ASAHAN 8 April – Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal menikmati bekalan air lebih stabil dan mencukupi hasil...
DUN MACHAP JAYA KONGSI RAYA, KONGSI SELERA
MACHAP JAYA 8 April - Menu klasik iaitu ketupat, lemang dan rendang menjadi pemikat selera buat tetamu pelbagai kaum untuk...
WRUR ASAHAN: MELAKA PERUNTUK RM450,000 PERLUAS CAPAIAN INTERNET KAMPUNG ORANG ASLI
ASAHAN 8 April - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM450,000 bagi memperluas liputan WiFi percuma di Kampung Orang Asli (KOA) di...
WRUR ASAHAN: INOVASI TEPUNG PISANG GORENG SEGERA SHAMSIAH
ASAHAN 8 April - Pengalaman lebih dua dekad menjual pisang goreng mendorong peniaga ini untuk menghasilkan tepung bancuhan segera bagi memudahkan...
