Melaka wajibkan guna sistem kupon di pasar Ramadan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 22 April – Semua pasar dan bazar Ramadan di negeri ini diwajibkan menggunakan sistem kupon berkuat kuasa serta merta bagi mengawal jumlah pengunjung di dalam bazar pada satu-satu masa.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, sistem itu bukanlah perkara baharu, sebaliknya ia sudah termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara bagi penganjuran pasar dan bazar Ramadan.

Namun, berikutan ada dalam kalangan penganjur pasar dan bazar Ramadan di negeri ini belum melaksanakan sistem itu, beliau menggesa agar arahan itu dipatuhi untuk mengelakkan daripada tindakan keras diambil.

“Saya tahu ada (penganjur) pasar dan bazar Ramadan di Melaka sudah buat sejak dari awal dahulu. Cuma masih ada yang didapati belum melaksanakan sistem serupa. Jadi, saya minta mana yang belum laksanakan itu, laksanakanlah segera.

“Sistem berkupon ini bukan benda baharu. Ia penting untuk mengawal kapasiti pengunjung dan sememangnya sudah termaktub dalam SOP sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan One-off Kerajaan Negeri Melaka kepada 199 penggiat industri pelancongan bertempat di Hotel MITC, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, pihak polis juga akan memantau pematuhan SOP di setiap pasar dan bazar Ramadan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

574
Kongsi :
Previous post Melaka sasar jadi negeri pelancongan pertama pulih COVID-19
Next post Sorok ‘pump gun’, peluru di hospital, dua pengawal keselamatan ditahan
Ubah saiz-+=