Memancing di Sungai Melaka layak sertai cabutan bertuah TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Februari – Peserta pertandingan memancing di Sungai Melaka, esok, berpeluang menyertai cabutan bertuah Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang menawarkan hadiah menarik berupa lapan buah kereta dan 20 motosikal.

Berita baik itu dimaklumkan Tourism Melaka dalam satu kenyataan.

Menurut Tourism Melaka, setiap kaki pancing yang menyertai pertandingan memancing di Sungai Melaka layak mendapat dua tiket cabutan bertuah.

“Tiket pertama ialah cabutan bertuah TMM2024 yang menawarkan hadiah berupa kereta dan motosikal.

“Manakala tiket kedua berupa cabutan bertuah pertandingan yang menawarkan hadiah sebuah bot berserta enjin, televisyen, peti sejuk dan lain-lain,” kata kenyataan itu.

Fb Img 1708748264643

Pertandingan Memancing Sungai Melaka merupakan anjuran bersama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Tourism Melaka.

Ia menawarkan hadiah keseluruhan RM80,000 dengan johan ikan terberat bakal membawa pulang wang tunai RM30,000.

Yuran penyertaan bagi setiap peserta pula adalah serendah RM80 dan kaunter pendaftaran kini dibuka di Dataran Pengkalan Rama bermula hari ini pada jam 9 pagi hingga 10 malam.

Pendaftaran turut dibuka pada hari pertandingan esok pada jam 7 hingga 11 pagi.

Mengikut rekod, antara tangkapan yang mendominasi kedudukan pemenang pada pertandingan terdahulu ialah tilapia, haruan, ketutu dan keli.

Bagaimanapun, kali ini ikan keli tidak dipertandingkan dalam pertandingan utama, sebaliknya ia dimasukkan ke dalam kategori khas.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian 017-6287899 atau 019-6203040.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

686
Kongsi :
Previous post Tujuh pasar tani khas Ramadan seluruh Melaka
Next post Semakin ramai penagih dadah pulih
Ubah saiz-+=