Menara Taming Sari dibaik pulih, beroperasi semula hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDA HILIR 3 Julai- Ikonik pelancongan negeri,Menara Taming Sari (MTS) kembali meneruskan operasinya seperti biasa hari ini selepas selesai dibaik pulih berikutan masalah teknikal semalam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, menara tersebut mengalami gangguan masalah sistem utama dan perlu menukar kepada sistem kecemasan bagi menurunkan kira-kira 36 penumpang.

Memetik kenyataan, kabin menara tergendala pada jam 5 petang dan kesemua penumpang berjaya diturunkan dengan selamat satu jam kemudian.

“Tindakan yang dijalankan semasa kabin tergendala adalah pegawai khidmat pelanggan dan juruteknik yang bertugas telah berjaya menurunkan semua penumpang mengikut prosedur operasi standard (SOP) kecemasan yang ditetapkan.

“Pelanggan juga berjaya ditenangkan semasa proses membawa kabin turun dan telah diberi air minuman beserta bantuan.

“Pihak menara turut memulangkan semula (wang) tiket kepada semua pelanggan terbabit,”menurut kenyataan.

Menurut kenyataan, siasatan pihak teknikal mendapati satu ‘relay power supply’ untuk sistem telah mengalami kerosakan menyebabkan sistem utama ‘automatic mode’ gagal berfungsi.

“Justeru itu, sistem kecemasan ‘manual mode’ telah diaktifkan dengan kadar segera bagi membolehkan kabin diturunkan dengan selamat.

“Pihak pengurusan MTS memaklumkan perkara ini tidak pernah berlaku sepanjang 15 tahus beroperasi dan akan memastikan penyelenggaraan dijalankan mengikut masa ditetapkan,” katanya.

357389605_800477861921293_6416625591728839914_n
MOHD Noor Helmy (kiri) 

Semalam, Timbalan Pengerusi MTS Berhad, Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan kerja-kerja baik pulih telah dijalankan pada jam 8 malam dan selesai sepenuhnya pada jam 11 malam.

Menurutnya dalam kejadian itu, melibatkan 26 dewasa, lapan kanak-kanak, seorang warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU) yang berdepan detik cemas pada ketinggian 60 meter.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1109
Kongsi :
Previous post Kepala air: Identiti lapan individu termasuk tujuh sekeluarga dikenal pasti
Next post AKMAL diiktiraf anjur kursus integriti peringkat antarabangsa
Ubah saiz-+=