Sorting by

×

Menara Taming Sari tawar potongan 20 peratus sehingga tengah malam ini

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDARAYA MELAKA 20 Mei -Menara Taming Sari (MTS) menawarkan potongan 20 peratus kepada orang ramai mengunjungi mercu itu sehingga jam 12 tengah malam ini.

Pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM13.60 berbanding RM17 sebelum ini manakala RM8.80 bagi kanak-kanak berbanding harga asal RM11.

Diskaun itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azlan Abidin sebaik upacara memotong kek disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersempena sambutan Ulang Tahun ke-14 MTS yang memulakan operasi pada 2008.

Sambutan itu diadakan serentak dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MTS yang turut dihadiri EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

PENGUNJUNG menara Taming Sari menikmati pemandangan sekitar Banda Hilir. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Kita yakin tarikan pelancong yang menerima pengiktirafan The Malaysia Books Of Record sebagai menara gyro pertama di Malaysia ini akan terus menjadi perhatian dengan pelbagai aktiviti dianjurkan,” katanya.

Azlan berkata, sejak memulakan operasi 14 tahun lalu MTS telah menerima kunjungan tujuh juta pelawat

“Tahun ini MTS dijangka menerima 600,000 pengunjung, sedikit saja lagi kita akan cipta rekod lapan juta kunjungan pelawat keseluruhan.

“Apa yang menarik adalah kita sedang menantikan pengunjung bertuah ke lapan juta yang bakal membawa pulang sebuah motosikal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1601
Kongsi :
Previous post N.Sembilan rekod 2,249 kes HFMD dari Januari hingga semalam
Next post Maritim P Pinang tahan dua bot nelayan langgar syarat lesen
Ubah saiz-+=