
‘Menuju Negeri Lestari’ jadi visi terbaharu negeri Melaka
AYER KEROH 1 Jul – ‘Menuju Negeri Lestari’ diangkat menjadi visi baharu Negeri Melaka berkuatkuasa 1 Julai 2020.
Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali dalam ucapan Majlis Amanat Ketua Menteri di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini, sebentar tadi.
“Visi ini adalah berdasarkan matlamat pembangunan lestari atau sustainable development goals (SDG) yang ditetapkan negeri Melaka.
“Antara matlamat yang kita tetapkan merangkami sifar kemiskinan tegar dan kelaparan, kesihatan dan kesejahteraan, pendidikan, pekerjaan dan pembangunan ekonomi, infrastruktir serta memelihara dan memulihara kawasan lautan dan daratan,” katanya.
Selain itu, jelasnya, kerajaan negeri turut mengumumkan lima misi baharu berasaskan perkataan T.E.R.A.S. atau TERAS.
Ia merangkumi Teknologi, Entrepreneurship, Revolusi Industri dan Ekonomi, Antarabangsa dan Sejahtera.
Views:
Related
Berita Lain
AZMI TERUSKAN TRADISI ‘KEDAI BERGERAK’, SELESA MENJAJA SAYUR GUNA MOTOSIKAL
AYER LIMAU 5 Oktober - Bagi generasi yang membesar sekitar tahun 80-an hingga 90-an, bunyi ikonik hon angin atau loceng...
DUN AYER LIMAU: LEBIH RM1 JUTA NAIK TARAF JALAN, LONGKANG
AYER LIMAU 5 Oktober - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan...
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...


