
Menyamar jadi nelayan cuba seludup dadah
PANTAI KUNDOR 24 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengesan sebuah bot disyaki menyamar sebagai nelayan tradisional yang cuba menyeludup dadah keluar negara di perairan Tanjung Kling malam tadi.
Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan Kepten Maritim Haris Fadzilah Abdullah berkata dalam kejadian malam tadi, bot berkenaan ditemukan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan operasi Maritim pada pukul 10.50 malam.
Beliau berkata apabila sedar dengan kehadiran Maritim, suspek mencampakkan satu objek keatas beting berbatu sebelum memecut laju untuk melarikan diri semasa dikejar, dan bot itu hilang di kawasan yang cetek dan gelap.
“Ketika berpatah balik ke lokasi objek yang dicampak, pasukan operasi telah menemukan satu beg hitam yang berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Haris berkata barang kes kemudiannya dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM36,000.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM GUBAL GARIS PANDUAN, WAJIBKAN PENDAFTARAN OPERATOR VAN JENAZAH
BANDA HILIR 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menggubal garis panduan khusus termasuk mewajibkan pendaftaran pengusaha atau...
21 KELAS BIMBINGAN MAIM PERKASA KEFAHAMAN MUALAF MELAKA
BUKIT KATIL 2 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan mualaf...
JIWA RAKYAT TOK AJAK
TELOK MAS 2 Julai - Di sebalik senyuman mesra dan sikap mudah didekati yang sering menjadi perhatian penduduk Telok Mas,...
TOK RAUF ‘SPONSOR’ KENDURIAN MELAKA, 2,000 PENGUNJUNG PERTAMA CUMA BAYAR RM10
AYER KEROH 2 Julai - Orang Melaka menjadi 2,000 pengunjung pertama hadir ke Festival Durian Melaka 'Kendurian' 2026 pada 5 Julai...
KEMBALI BERGERAK TANPA SAKIT DENGAN ENDOSKOPIK DISKEKTOMI
Oleh: Dr. Chan Kin Hup Pakar Bedah Saraf Oriental Melaka Straits Medical Centre MASALAH sakit belakang kini semakin membimbangkan dan...
WRUR SERKAM BIMBING BELIA JADI USAHAWAN BERJAYA
SERKAM 2 Julai - Usaha melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan belia terus diperkasakan menerusi Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan...

