
Mereka tak suka kerajaan negeri aman, tenteram – KM
BANDA HILIR 14 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menegaskan dakwaan terdapat usul menolak kepimpinannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan datang sengaja dibangkitkan pihak yang tidak suka melihat kerajaan negeri yang kini aman dan tenteram.
“No comment (tiada komen). Pada saya, it’s okay, takda apa-apa pun.
“Dia tak suka lihat kita dalam keadaan aman dan tenteram,” katanya.
Ketika ditanya adakah beliau bersedia sekiranya ia benar-benar berlaku dan akan berlapang dada atau tidak, Sulaiman hanya menyatakan untuk melihat sendiri perkara itu.
“I want to see is it happened or not (saya nak lihat ia berlaku atau tidak).
“Kalau ada undilah, apa ada hal, saya takda takut apa-apa.
“Takda lah benda ni semua, I don’t know where the things come from,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Jabatan Ketua Menteri Melaka 2022-2026 dan Anugerah Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka 2022 di sini, hari ini.
Persidangan DUN Melaka dijadualkan berlangsung selama tiga hari dari 25 hingga 27 Julai ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDIDIKAN ANAK MUDA TIDAK TERHENTI DI BILIK KULIAH – AB RAUF
SERI NEGERI 24 September - Pendidikan dan pembangunan generasi muda tidak seharusnya terhad di bilik kuliah, sebaliknya perlu dilengkapi ruang...
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
DEBAT PIALA KETUA MENTERI BENTUK MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS
SERI NEGERI 24 September - Mahasiswa perlu mempunyai keupayaan menilai kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau membuat kesimpulan, terutama dalam berdepan...
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
