Merlimau bakal jadi bandar pertama mesra anak istimewa

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

MERLIMAU 1 Jun – Mahu mengutamakan keperluan dan menjadikan Merlimau sebagai bandar pertama mesra anak istimewa di Melaka itulah azam Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, setiap kanak-kanak istimewa dianggap sebagai anaknya sendiri.

“Kalau bukan kita yang membantu mereka, siapa lagi. Saya faham bagaimana perasaan ibu bapa dan guru-guru dalam mendidik mereka kerana saya juga bapa kepada anak syurga ini.

“Apabila Ziyad (anak saya) disahkan mempunyai ‘spectrum mild autism’ ketika bersia satu tahun setengah, peringkat awalnya saya memang sangat sedih.

“Tetapi kesedihan itu tidak boleh berpanjangan kerana jika kita masih berada dalam keadaan menafikan itu tidak adil untuk masa depan anak-anak kita ini. Selagi saya memegang amanah ini, anak-anak istimewa akan menjadi keutamaan saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya 27 Mei lalu.

DR Muhamad Akmal berkongsi pengalaman menjaga anak istimewa bersama ibu bapa dan para guru.

Terdahulu beliau menziarah anak-anak istimewa dan berkongsi pengalaman bersama guru dan ibu bapa di Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau.

Menurutnya, mendidik anak-anak syurga bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting ke arah itu.

DR Muhamad Akmal bersama anak istimewa.

“Saya selalu berpesan pada diri sendiri, selagi saya dan isteri masih hidup memang kami mampu menjaga dan melindungi mereka, tetapi jika kami berdua sudah tiada siapa yang akan jaga anak-anak kita?

“Maka komitmen untuk melatih mereka supaya mereka boleh berdikari dan menggunakan bakat yang terpendam sangat-sangat penting untuk mereka terus ‘survive’ (hidup) walaupun kita tiada lagi di dunia ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1515
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak 11 tahun hasilkan pelindung muka terima penghargaan daripada PBSM
Next post COVID-19 di Makkah terkawal, SOP dilonggarkan
Ubah saiz-+=