Kanak-kanak 11 tahun hasilkan pelindung muka terima penghargaan daripada PBSM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDA HILIR 1 Jun – Seorang kanak-kanak 11 tahun antara penerima sijil penghargaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Melaka atas baktinya menghasilkan lebih 100 keping pelindung muka (faceshield) dalam tempoh pandemik COVID-19 lalu.

Chan Nyuk Fong, 40 ibu kepada Heah Jia Hao, 11, berkata anaknya membantu menyiapkan pelindung muka itu bagi menunjukkan penghargaan kepada wira barisan hadapan negara.

Katanya, anaknya yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Fong 1, menghasilkan pelindung muka sebagai aktiviti sampingan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bila dengar berita mengatakan bekalan pelindung muka tidak cukup anak saya secara sukarela mahu membantu menghasilkan alat itu bagi kegunaan barisan hadapan bertugas melawan COVID-19,” katanya.

Nyuk Fong berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Anugerah, Pingat, Sijil dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 Bulan Sabit Merah Malaysia, Negeri Melaka, di Banda Hilir, sini, semalam.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yang mewakili EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Pengerusi PBSM Negeri Ramli Mohd Ali dan kenamaan lain.

Dalam majlis itu juga seramai 141 penerima telah menerima pingat dan sijil penghargaan atas sumbangan serta jasa mereka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

741
Kongsi :
Previous post Empat buah sekolah Melaka Tengah terima bangunan baharu
Next post Merlimau bakal jadi bandar pertama mesra anak istimewa
Ubah saiz-+=