MICTH kongsi keceriaan Aidilfitri bersama 25 anak yatim dan asnaf

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

PENGKALAN BATU 9 April – Meneruskan misi menghulurkan bantuan sempena Ramadan,

Melaka ICT Holdings (MICTH) terus menyantuni anak-anak kurang bernasib baik apabila menyediakan kelengkapan menyambut Syawal.

Pengurus Kanan Jabatan Korporat dan Pentadbiran MICTH, Nur Amalina Abd Rahman berkata, menerusi  Program Semarak Ramadan pada tahun ini seramai 25 anak-anak yatim termasuk asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Jasin, dipilih untuk diraikan.

Beliau berkata, program ini antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Untuk hari ini seramai 25 orang penghuni yang berusia 10 hingga 17 tahun dipilih untuk dibawa membeli kelengkapan raya dan mereka ini diberi peluang untuk memilih sendiri pakaian dan kasut yang mereka mahukan.

“Untuk hari ini setiap seorang kita peruntukan sebanyak RM500 termasuk duit raya yang kesemuanya dianggarkan hampir RM15,000,” katanya.

1B429BB9-845E-4C8A-BB71-B9350C6FB7CE
Nur Amalina membantu anak yatim memilih pakaian raya.

Menurutnya yang juga Ketua Program Semarak Ramadan berkata, ini adalah program tahunan yang dilakukan pihaknya dalam berkongsi keceriaan bersama-sama anak yatim dan juga asnaf.

“Program ini sudah lama kita adakan namun kelainannya untuk tiga tahun ini kita gunakan wang Wakalah.

“Jadi daripada wang itu nanti kita agihkan peruntukan kepada penerima selain setiap tahun juga kita akan memilih lokasi berbeza  dan tahun ini anak-anak dari Jasin pula yang dipilih,” katanya.

Ujarnya, selain itu untuk Ramadan kali ini juga MICTH turut menyediakan kira-kira 10,000 kit makanan untuk diagihkan kepada golongan asnaf, anak yatim serta mualaf.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1257
Kongsi :
Previous post PUSPAKOM tawar pemeriksaan kenderaan sukarela percuma sempena Aidilfitri
Next post Satu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang
Ubah saiz-+=