
‘Minyak masak bersubsidi bukan untuk peniaga makanan’ – EXCO Pengguna
ALOR GAJAH, 5 Julai – “Minyak masak paket bersubsidi 1 kilogram (kg) untuk rakyat dan bukan kegunaan peniaga restoran,” kata EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem.
Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab peniaga restoran yang ‘memborong’ minyak masak paketboleh dikenakan tindakan undang-undang.
“Sebenarnya minyak paket bersubsidi itu kerajaan beri kepada rakyat kerana itulah ia ada harga kawalan.
“Jadi kita kena pastikan peniaga jangan jual minyak masak itu kepada pengusaha restoran, jual kepada rakyat biasa yang memerlukan.
“Macam peniaga tak ada sebab beli minyak subsidi dalam paket kerana kalau dia beli melebihi had ditetapkan boleh dikira melanggar peraturan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Rumah Prihatin DUN Machap Jaya di Jalan Solok Hilir, Kampung Melaka Pindah, di sini, hari ini.
Hee Sem berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan ketat dan mengeluarkan notis jika wujud sebarang elemen pencatutan dalam kalangan peniaga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
