MISDEC, Todak Academy jalin kerjasama martabat e-sukan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Jun – Dalam usaha mengangkat sukan elektronik (e-sukan) ke peringkat lebih tinggi, Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC) telah menjalin kerjasama bersama Todak Academy.

Pengurus Kanan MISDEC, Haiqal Syukri Jantan berkata kerjasama itu dijalin menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai usaha memartabatkan e-sukan di negara ini.

Kolaborasi itu, ujarnya, sekali gus dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan MISDEC dalam menguasai kemahiran asas dalam talian.

“MISDEC merupakan institusi swasta pertama di Melaka yang membuat kolaborasi bersama syarikat Todak Academy.

“Ramai graduan yang terdiri daripada anak muda meminati e-sukan ini dan MISDEC mendapat saranan untuk mengangkat martabat e-sukan menjadi satu kerjaya atau karier di masa hadapan.

“Jadi saya harap dengan pembangunan e-sukan di Melaka bersama kolaborasi Todak Academy ini akan mendapat sokongan padu daripada rakyat Melaka.

“Kalau boleh kita war-warkan kepada semua untuk turut serta dan bila pendaftaran telah dibuka kita harapkan ramai yang akan dapat menyertai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) selepas Majlis Konvokesyen MISDEC di Hotel La Crista di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Terdahulu, majlis menandatangani MoU itu berlangsung di antara Pengurus Besar Todak Academy Taufik Rizal Aminuddin dan Pengerusi MISDEC Don Mardzi Ahmad Shamsuddin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1428
Kongsi :
Previous post Melaka ‘juara’ pemberian vaksin – Khairy
Next post Tarikh bubar Parlimen bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong – PM
Ubah saiz-+=