
Misi banjir: ‘Abang Viva’ dan isteri tiba di Terengganu
AYER KEROH 28 Disember – Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ atau Azwan Omar, sudah memulakan usahanya secara peribadi membantu mangsa banjir di Terengganu.
Azwan ketika dihubungi Melaka Hari Ini memaklumkan dia bersama isteri, Eva Noza Zakaria bergerak ke Hulu Terengganu tengah malam tadi.
Katanya, perjalanan menuju ke pantai timur yang kini sedang dilanda bah besar agak perlahan kerana jumlah kenderaan yang banyak selain faktor cuaca yang tidak menentu.
“Misi bantuan saya kali ini hanya bergantung kepada info dalam ‘group’ WhatsApp dan beberapa platform lain.
“Sekarang saya berada di Hulu Terengganu dalam misi untuk memberikan khidmat bantuan ke kawasan-kawasan di pedalaman,” katanya.
Dalam pada itu, Azwan turut memaklumkan dia merancang untuk memberikan khidmat bantuan di mana-mana lokasi yang memerlukan khidmat botnya.
“Selepas di Terengganu, mungkin selepas ini saya akan ke Kelantan atau ke Pahang. Semua bergantung pada info dan keperluan dari semasa ke semasa.
“Saya tidak merancang apa-apa, hanya membawa bantuan air mineral dan air minuman sahaja, namun kami bercadang untuk memberikan khidmat bantuan sehingga hari Ahad ini,” jelasnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHANΒ TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
ANAK-ANAK AUTISME ‘CABAR DIRI’ NAIK PERKHIDMATAN AWAM
AYER KEROH 19 Ogos - Seramai 13 kanak-kanak autisme diberi pendedahan berhubung cara menggunakan perkhidmatan awam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)...
