Miss Grand Kebaya Cilik dan Cosplay gamit peserta luar Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

AYER KEROH 29 Mei – Pertandingan Miss Grand Kebaya Cilik dan Peragaan Cosplay antara pertandingan yang dianjurkan bagi memperkasakan lagi pelancongan budaya Negeri Melaka.

Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Ezlina Elias berkata, program itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan selepas diiklankan.

Katanya, apa yang menarik 40 peratus daripada keseluruhan penyertaan kedua-dua kategori itu membabitkan peserta dari luar Negeri Melaka.

“Bagi pertandingan Miss Grand Kebaya Cilik meskipun bukan pertama kali dianjurkan, namun tahun ini kita buat secara besar-besaran atas permintaan tinggi daripada ibu bapa.

“Seramai 28 penyertaan bagi Miss Grand Kebaya Cilik dan kita dapati ada yang datang dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan juga Perak.

“Objektif pertandingan ini adalah untuk menyemarakkan budaya dan seni busana kebaya dengan menampilkan pelbagai jenis kebaya diperagakan peserta cilik.

“Selain itu juga mahu mendidik generasi muda ini mengenai busana kebaya yang dipakai, bukan setakat peraga sahaja, tetapi mereka tahu nilainya,” katanya ketika ditemui pada Pertandingan Miss Grand Kebaya Cilik dan Peragaan Cosplay, di sini, baru-baru ini.

WhatsApp Image 2023-05-28 at 11.16.14 PM
ANTARA peserta Miss Grand Kebaya Cilik.

Mengulas lanjut, Ezlina berkata keputusan untuk menganjurkan Pertandingan Peragaan Cosplay pula dipersetujui pihaknya pada saat akhir.

Namun begitu katanya, maklum balas diterima amat positif dengan sebahagian besar peserta tampil menggayakan watak anime dan kartun yang amat kreatif serta menarik.

“Bagi kategori ini kami terima 17 penyertaan. Cosplay ini mempunyai peminatnya tersendiri dan apa yang mahu dikaitkan dengan seni dan budaya, kita melihat teatrikal peserta ketika memperagakan kostum pilihan mereka,” jelasnya.

WhatsApp Image 2023-05-28 at 11.18.50 PM
GELAGAT peserta pertandingan peragaan cosplay.

Keputusan penuh, Adik Eva Jaslin Qistina Mahathir,10, dengan busana kebaya labuh nerona biru muncul sebagai Miss Grand Kebaya Cilik, membawa pulang wang tunai RM300, piala, tiara, selempang, hamper dan sijil.

Manakala, bagi Pertandingan Peragaan Cosplay pula dimenangi oleh Mohd Aizat Mohd Azual, 37, dengan memakai kostum watak adiwira Kamen Rider 01 dan membawa pulang wang tunai RM300, hamper serta sijil penyertaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1570
Kongsi :
Previous post Md Akid tawan litar Jasin
Next post Busana kebaya labuh bawa tuah buat si cilik
Ubah saiz-+=