
Moga cepat sembuh
AYER KEROH 12 Jan. – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dimasukkan ke hospital selepas mengalami keracunan makanan kira-kira jam 1 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali selepas menziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia itu di Hospital Pakar Putra Melaka.
“Sebentar tadi saya berkesempatan menziarahi Datuk Muhammad yang dirawat di Hospital Pakar Putra Melaka selepas mengalami keracunan makanan.
“Saya dan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka mendoakan kesejahteraan beliau dan berharap cepat sembuh. Insya-Allah, Amin,” katanya.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar Putra Melaka Datuk Radhuana Salleh.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR BEMBAN: WARGA EMAS BERSYUKUR, TIDAK LAGI TAKUT DENGAR GURUH DI LANGIT
BEMBAN 2 Julai - Permohonan membaiki pulih kerosakan rumah yang dimohon bertahun dapat diselesaikan dalam tempoh segera memberi sinar baharu...
PENJAJA ‘EYE ON MELAKA’ KINI SELESA DI TEMPAT BAHARU
AYER KEROH 2 Julai - Penjaja sebelum ini mencari rezeki sekitar Eye On Melaka, memberikan maklum balas positif selepas memulakan...
JKKN SANTUNI MASYARAKAT MENERUSI PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA @KOMUNITI
AYER KEROH 1 Julai - Kampung Bukit Larang, Telok Mas dan Ayer Molek, menjadi dua kampung di negeri ini yang...
MBMB SAMBUT BAIK SARANAN KETUA MENTERI JAGA KEBAJIKAN PENJAJA, PENIAGA KECIL
AYER KEROH 1 Julai - Penjaja dan peniaga kecil di beberapa tapak perniagaan yang terjejas akibat kejadian ribut 28 Jun...
MPJ NOKTAHKAN PENANTIAN PEMOHON BANTUAN BAIK PULIH RUMAH
BEMBAN 1 Julai - Sebanyak empat kediaman selesai dibaik pulih oleh Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerusi inisiatif Baik Pulih Rumah...
PERSIAPAN WRUR DUN DUYONG SUDAH BERMULA
DUYONG 1 Julai - Persiapan untuk menjayakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) sudah mula dilaksanakan oleh pihak Jeperun Dewan...