Mohd Ali, Sulaiman serikan majlis kesyukuran Bandaraya Melaka Bersejarah

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BACHANG 15 April. – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman menghadiri Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana di Masjid As-Syakirin Pasir Puteh, di sini, hari ini.

Kehadiran beliau kira-kira jam 6.10 petang itu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Melaka Bersejarah.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Munira M.Yusop dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu.

TUN Mohd Ali (kanan) dan Sulaiman membaca Yasin di Masjid As-Syakirin Pasir Puteh, Bachang.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin Mufti negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil, manakala solat tarawih dipimpin Imam Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki.

Tujuan majlis diadakan bagi memanjatkan kesyukuran dan memohon kesejahteraan untuk seluruh warga Bandaraya Melaka Bersejarah.

TUN Mohd Ali menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahfiz.

Pada majlis itu, Mohd Ali turut menyampaikan sumbangan kepada 80 pelajar tahfiz dari Darul Ulum Al-Islamiyyah, Balai Panjang dan Pondok Darul Ulum Al-Arabiyyah Al Islamiyyah, Pulau Gadong serta sumbangan RM2,000 kepada Masjid As Syakirin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

828
Kongsi :
Previous post Kes COVID-19 Melaka kembali catat dua angka
Next post JSJK kesan penipuan guna laman sesawang palsu Maybank2u
Ubah saiz-+=