Mohd Kamaruddin pangku jawatan pengarah JSJK Bukit Aman

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR 21 Mei – Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din akan memangku jawatan Pengarah JSJK berkuat kuasa Isnin ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Mohd Kamarudin memangku jawatan itu berikutan persaraan wajib Datuk Zainuddin Yaacob pada tarikh berkenaan, selepas 34 tahun menabur bakti dalam pasukan PDRM.

ZAINUDDIN bersara wajib pada Isnin ini.

Zainuddin, 60, dilantik sebagai Pengarah JSJK Bukit Aman pada 7 Ogos 2020.

Dilahirkan di Kuala Langat, Selangor, Zainuddin yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia menyertai PDRM sebagai Kadet ASP pada 5 April 1987 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Polis Daerah Machang, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Timbalan Ketua Polis Perak, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Kedah.

Beliau juga adalah pencetus kepada penubuhan ‘Commercial Crime Investigation Department’ (CCID) Response Center yang merupakan pusat panggilan bagi membolehkan orang ramai berintekraksi secara langsung dengan pihak JSJK bagi mendapatkan atau menyalur maklumat berkenaan kes jenayah komersial.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5261
Kongsi :
Previous post KPDNHEP jamin bekalan barang keperluan cukup sepanjang PKP
Next post Guru matematik meninggal dunia disahkan positif COVID-19
Ubah saiz-+=