
Mohd Ridhwan terima Bintang Kesetiaan Mutiara Pengakap
PULAU PINANG 6 Jun – Ahli Majlis Tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, dianugerahkan menerima Bintang Kesetiaan Mutiara, semalam.
Penganugerahan disampaikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersempena Majlis Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia, Pulau Pinang
Menerusi hantaran Facebooknya, beliau menzahirkan rasa syukur atas pengurniaan anugerah terbabit.
“Alhamdulillah. Terima kasih daripada saya kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang atas pengiktirafan dan penganugerahan Bintang Kesetiaan Mutiara kepada saya,” katanya.
Majlis penganugerahan berlangsung di di The Top Convention Hall, Menara Komtar, turut membabitkan seramai 335 penerima pingat dan bintang yang lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ‘KILANG’ PEKERJAAN, KADAR PENGANGGURAN RENDAH
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Anak Melaka mempunyai prospek pekerjaan yang cerah susulan perkembangan sektor perindustrian yang terus membuka lebih...
MPHTJ TINGKAT OPERASI PREMIS WARGA ASING
AYER KEROH 5 Oktober - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh...
MeSRa: ANAK MUDA MELAKA DIBERI RUANG BERSUARA, BELAJAR MEMIMPIN
AYER KEROH 5 Oktober - Golongan belia di Melaka terus diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, mengasah kepimpinan serta memahami proses...
MAIM SALUR LEBIH RM6 JUTA UNTUK BANTUAN PERUBATAN, KOS DIALISIS
KOTA LAKSAMANA 5 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membelanjakan lebih RM6.7 juta bagi tujuan bantuan berkaitan perubatan dan...
DISKAUN KOMPAUN MBMB RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TINGKATKAN JUMLAH KUTIPAN HASIL
AYER KEROH 5 Oktober - Kutipan hasil kompaun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi kaunter bergerak Program MBMB Mesra (MeSRA)...
MELAKA HARGAI GOLONGAN BERUSIA, 2,000 WARGA EMAS NIKMATI KEMASUKAN KE LOKASI PELANCONGAN TERPILIH
AYER KEROH 5 Oktober - Seramai 2,000 warga emas termasuk peserta Karnival Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2026 menerima tiket percuma...
