Sorting by

×

Monumen Bendera Gergasi Melaka akan dibina di Bukit Beruang – KM

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 9 Januari – Monumen Bendera Gergasi Negeri Melaka yang berketinggian 166 meter dari paras laut akan dibina di Hutan Simpan Bukit Beruang sekali gus menjadi produk pelancongan baharu negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata pembinaan monumen tersebut bertujuan untuk terus memperkasa sektor pelancongan di Melaka.

Katanya, projek monumen terbabit bakal disiapkan pada tahun 2024 dan boleh beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2025.

“Saya berharap mercu tanda baharu ini nanti akan menjadi saksi (kepada) rakyat Melaka untuk meninjau pertumbuhan dan kemakmuran ekonomi dari puncak Bukit Beruang.

“Semoga impian rakyat Melaka untuk melihat Monumen Bendera Gergasi ini berdiri megah di puncak Bukit Beruang akan tercapai menjelang tahun 2025.

“Di kesempatan ini juga saya ucapkan terima kasih kepada 16 agensi Negeri Melaka yang menyumbang bagi membiayai pembinaan projek ini dan turut diberi penghargaan juga saya ucapkan untuk Telekom Malaysia Berhad (TM) dan pemilik tanah Tetuan Harold Accord dalam memberi kebenaran izin lalu sepanjang tempoh pembinaan nanti,” katanya.

photo_2023-01-09_12-18-57
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Monumen Bendera Gergasi Bukit Beruang, Ayer Keroh di Kem Bukit Beruang, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Monumen Bendera Gergasi di Bukit Beruang hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Zaidi Johari; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abd Aziz Engan serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata pembinaan mercu tanda baharu itu nanti bukan sahaja menarik pelancong baharu tetapi mampu menarik kembali pelancong sedia ada untuk datang kembali ke Melaka atau disebut sebagai ‘re-travel to Melaka’.

Jelasnya, Sulaiman berkata tumpuan pembinaan monumen itu juga tidak akan mengabaikan kelestarian tumbuhan hijau di kawasan Bukit Beruang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3601
Kongsi :
Previous post Kes baharu mingguan COVID-19 turun 14.2 peratus – KP Kesihatan
Next post Istilah kemajuan dalam nama KKDW beri objektif lebih jelas dalam kemajuan desa dan wilayah – Ahmad Zahid
Ubah saiz-+=