MPHTJ kemuka 12 pelan pembangunan Zon Pelancongan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 7 Sept. – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengemukakan 12 cadangan bagi pembangunan zon pelancongan Ayer Keroh dalam masa terdekat.

Yang Dipertua MPHTJ Shadan Othman berkata, ia menerusi projek Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi memajukan sektor pelancongan di kawasan itu.

“Memandangkan Ayer Keroh lokasi utama pintu masuk pelancong, pelbagai projek pelan jangka panjang dan pendek bakal dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelancong.

“Kita dapati pelancong datang ke Melaka melalui pintu utama Ayer Keroh, jadi banyak tempat di kawasan ini perlu dinaiktaraf.

“Pelan jangka pendek antaranya faktor pengcahayaan di mana kita akan hias semula landskap, landskap di bawah ‘fly over’, ‘Dinasour World’ di Zoo dan Dataran Sejarah Ayer Keroh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Gotong-Royong Perdana di Taman Botanikal, semalam.

Program itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan.

Shadan berkata, untuk jangka masa panjang pihaknya akan membangunkan ‘eco bridge’ serta bangunan baharu MPHTJ berdekatan tasik Ayer Keroh.

“Setakat ini empat projek sedang dilaksanakan bermula Mac lalu dan dijangka siap pada November ini,” katanya.

Views:

533
Kongsi :
Previous post Kempen Derma Darah: Usaha NGO dipuji
Next post Penyokong sambut baik penswastaan Melaka United
Ubah saiz-+=