MTSB tawar Pakej kombo dan tiket ‘fast lane’ Aidilfitri ini

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 5 April – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) menyediakan laluan pantas (fast lane) buat pengunjung yang tidak mahu beratur panjang untuk menaiki menara ikonik terbabit.

Pengurus Pemasaran dan Korporat MTSB, Mohd Husni Husin berkata pihaknya menawarkan harga RM28 untuk dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak yang memegang MyKad kewarganegaraan sahaja.

Mengulas lanjut Mohd Husni berkata, buat pengunjung bukan warganegara tiket dikenakan adalah RM33 untuk dewasa dan RM23 bagi kanak-kanak.

“Kita tawarkan harga berpatutan kepada pengunjung yang datang namun tidak mahu beratur panjang, mungkin mengejar masa atau sebagainya.

“Pakej ini kita perkenalkan bersama-sama pakej kombo pembelian tiket dan cenderahati yang akan bermula pada Aidilfitri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Program Edaran Bubur Lambuk MTSB di sini, semalam.

Mohd Husni berkata MTSB turut menawarkan empat pakej kombo tiket dan cenderahati menerusi pakej Platinum dengan harga RM114; pakej Gold dengan harga RM95; pakej Silver (RM92) dan Bronze (RM67).

“Untuk pakej Platinum, pengunjung mendapat dua tiket dewasa, dua tiket kanak-kanak dan maskot Si Taming Sari; Gold pula ditawarkan dua tiket dewasa dan payung MTSB.

“Manakala pakej Silver menawarkan dua tiket dewasa, dua tiket kanak-kanak, dua pelekat magnet dan lanyard serta pakej Bronze pengunjung dapat dua tiket dewasa, satu tiket kanak-kanak dan lanyard,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

45
Kongsi :
Previous post Kerajaan komited cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini – PM
Next post MTSB edar lebih 1,600 bubur lambuk sepanjang Ramadan
Ubah saiz-+=