‘Mual, gelabah, nak muntah tunggu suntikan vaksin’ – Remaja

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

KOTA SYAHBANDAR 26 Sept. – “Saya bangun jam 8 pagi tadi, selepas itu rasa macam gelabah sebab takut lambat sampai, tapi bila sampai tiba-tiba rasa gelabah, mual, nak muntah semua ada.”

Begitu kata seorang pelajar Intan Nurkhalilah Khalil, 15, yang kelihatan gelisah ketika hadir untuk suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Remaja di Encore Melaka, di sini.

Begitupun, dia nekad mengambil vaksin COVID-19 sebelum kembali ke sekolah, sekali gus memutuskan rantaian wabak berkenaan.

AMIRAH (kanan) menasihatkan ibu bapa agar menghantar anak-anak mengambil vaksin.

“Ambil jugalah vaksin sebab belajar kat rumah tak boleh nak bincang dengan kawan-kawan, tak boleh nak tanya cikgu dan susah nak belajar semua kena pakai internet.

“Jadi bila ada vaksin ini saya dah bersedia nak pergi sekolah balik,” katanya ketika ditemui di PPV Remaja, Encore Melaka sempena Program Vaksinasi Murid.

Sementara itu, ibu kepada Intan, Siti Amirah Ahmad,48, berkata, pemberian vaksin kepada golongan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.

“Jadi kepada ibu bapa kat luar sana tak perlu risau dan mudah percaya dengan khabar angin kononnya vaksin ini bawa mudarat sebab ini saja ikhtiar yang kita ada,” ujarnya.

Siti Dahlia Hassan.

Nada sama disuarakan Siti Dahlia Hassan, 39, yang berpendapat, vaksin adalah jalan penyelesaian terbaik untuk melindungi murid-murid dan guru daripada terkena kesan sampingan kesihatan yang teruk akibat musuh tidak nampak itu.

“…risau atau tak risau itu cerita lain tapi yang lebih penting bila dah vaksin ini, saya rasa tak ada masalah kesihatan yang teruk akan berlaku macam dulu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

634
Kongsi :
Previous post Semarakkan seni Dondang Sayang buat generasi muda
Next post Peluang Muhammad Sajjad bertaubat sentiasa terbuka – Idris
Ubah saiz-+=