
Mudir, warden pusat tahfiz direman empat hari
AYER KEROH 13 Mei – Mudir dan warden sebuah pusat tahfiz disyaki terbabit dalam kes amang seksual dan dera terhadap pelajarnya direman empat hari.
Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 16 Mei (Selasa) dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nur Bahiyah Kamaluddin terhadap suspek berusia 36 dan 40 dan tahun.
Kedua-dua suspek yang juga pasangan adik-beradik warga Singapura tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, kira-kira jam 9.35 pagi tadi, dengan memakai pakaian lokap.
Kebenaran perintah tahanan reman itu membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Melaka Hari Ini sebelum ini melaporkan, mudir dan warden sebuah pusat tahfiz di daerah Melaka Tengah ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian amang seksual serta penderaan terhadap pelajar di pusat terbabit.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, kedua-dua lelaki terbabit ditahan selepas pihaknya menerima enam laporan polis.
Zainol berkata, laporan dibuat oleh enam pelajar pusat tahfiz itu yang berusia antara 13 hingga 15 tahun di Balai Polis Batang Tiga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDIDIKAN ANAK MUDA TIDAK TERHENTI DI BILIK KULIAH – AB RAUF
SERI NEGERI 24 September - Pendidikan dan pembangunan generasi muda tidak seharusnya terhad di bilik kuliah, sebaliknya perlu dilengkapi ruang...
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
DEBAT PIALA KETUA MENTERI BENTUK MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS
SERI NEGERI 24 September - Mahasiswa perlu mempunyai keupayaan menilai kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau membuat kesimpulan, terutama dalam berdepan...
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
