
MUSA guna logo baharu selepas diluluskan
AYER KEROH 24 Ogos – Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengesahkan hanya akan menggunakan logo baharu yang menjadi kontroversi sejak dilancarkan pada Sabtu lalu, selepas ia diluluskan.
Menerusi kenyataan media Presidennya yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, MUSA akan mengambil segala tindakan undang-undang yang perlu dan wajar bagi memastikan logo baharu Melaka United FC dapat digunakan secara sah.
“Mengikut semakan awal yang dibuat, logo pokok Melaka yang menjadi pertikaian tersebut masih belum dipatenkan oleh mana-mana pihak di Malaysia.
“Pemilihan logo baharu Melaka United FC yang berdasarkan lambang pokok Melaka dibuat sebagai simbol penyatuan peminat dan penyokong setia bola sepak Melaka yang menjadi kekuatan pasukan selama ini.
“Berikutan itu, MUSA akan memohon untuk mendaftarkan hak cipta logo baharu ini dan hanya selepas ia diluluskan, baru logo tersebut akan diguna pakai,” katanya menerusi kenyataan itu sebentar tadi.
Logo itu yang dilancarkan pada Sabtu dan dimenangi Mohd Asri Ab Aziz, menjadi bualan hangat warga net sejurus diperkenalkan.
Sebahagiannya mendakwa logo ciptaan Mohd Asri itu diolah dari sebuah syarikat Bare Blend dari Australia.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
