Muzakarah Majlis Kebangsaan tentukan PMYT menyeleweng atau tidak

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KOTA BHARU 4 Sept – Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam akan menentukan sama ada ajaran ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PMYT) menyeleweng daripada ajaran Islam atau tidak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan satu perbincangan bersama jawatankuasa itu untuk menentukan tindakan lanjut yang boleh diambil.

“Kita memandang serius perkara ini… Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah sedia maklum berhubung isu ini dan polis juga sedang melakukan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Secara Pandu Lalu di Pusat Khidmat Ahli Dewan Rakyat (ADR) Kampung Landak, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

 

AHMAD MARZUK. Foto – BH Online.

Tular dalam media sosial baru-baru ini, seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Ahmad Marzuk berkata, siasatan perlu dijalankan dalam usaha memperkukuhkan akidah umat Islam agar tidak terpesong daripada ajaran Islam.

“Ada dua kes (dalam kes Sittah Annur) iaitu pertamanya terlibat dengan ajaran sesat dan kedua melibatkan keselamatan negara, sekarang ini kita utamakan soal keselamatan dahulu. Mereka yang terlibat dan juga pengikut akan dikenakan tindakan bersesuaian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

551
Kongsi :
Previous post Pesakit kategori 3 ada rekod komorbid dimasukkan ke hospital, PKRC – Khairy
Next post Bandar Melaka masih lengang, rakyat tidak mahu ambil risiko
Ubah saiz-+=