Naik taraf perabot jalan atasi kemalangan di Persimpangan Pasir Gembur

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TANJUNG BIDARA 8 Disember – Perabot keselamatan jalan raya di Persimpangan Pasir Gembur, Tanjung Bidara akan dinaik taraf bagi mengurangkan kadar kemalangan di laluan berkenaan.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kerja naik taraf akan disegerakan berikutan kekerapan kemalangan maut dilaporkan berlaku di persimpangan  itu.

“Sebelum ini persimpangan itu sudah dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ kemalangan maut, jadi pemasangan perabot keselamatan jalan raya seperti ‘amber light’ dan papan tanda amaran akan dilaksanakan tahun ini juga.

“Selain itu agensi berkaitan akan menjalan kajian sebelum disusuli kerja penyelenggaraan secara menyeluruh pada tahun hadapan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu pada Rabu, beliau bersama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Alor Gajah dan pemimpin tempatan turun padang bagi meninjau persekitaran hotspot kemalangan itu terutama ketika berlaku hujan.

Katanya, lawatan itu juga bertujuan untuk membincangkan mengenai langkah bagi mengatasi banjir kilat menyebabkan laluan berkenaan digenangi air selain menjejaskan penduduk berhampiran.

“Kedudukan jalan yang rendah menyebabkan air bertakung dan berlaku banjir kilat setiap kali hujan lebat. JKR daerah Alor Gajah bersama Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah (PDTAG) sedang mengkaji perkara ini, seterusnya mencari penyelesaian secepat mungkin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

769
Kongsi :
Previous post Kapal kargo bersauh tanpa kebenaran ditahan
Next post Galeri Hang Tuah bukti Laksamana Melaka wujud
Ubah saiz-+=