‘Nak menipu konon, kan dah kena tahan’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUANTAN 21 April. – Polis menahan dua penuntut wanita kolej swasta berusia 22 tahun kerana disyaki memalsukan borang rentas negeri untuk ke Pahang, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kedua-dua suspek yang menaiki kenderaan sama ditahan di sekatan jalan raya selepas Plaza Tol Bentong, pada 6.45 petang selepas anggota bertugas meragui kesahihan borang dikemukakan mereka.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar. Foto Facebook IPD Bentong.

“Siasatan awal mempercayai cap dan tandatangan ketua balai yang meluluskan borang itu bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan atas alasan menghadiri kelas adalah palsu yang dihasilkan dengan menggunakan mesin pengimbas.

“Polis turut menemukan salinan borang kosong dengan tandatangan palsu dikatakan milik ketua balai polis di telefon pintar seorang daripada suspek, yang dipercayai digunakan bagi menghasilkan borang rentas negeri itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Zaiham berkata ujian saringan air kencing seorang daripada suspek juga didapati positif ganja.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud menipu serta Seksyen 471 kanun sama atas kesalahan menggunakan surat pemalsuan sebagai tulen yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1045
Kongsi :
Previous post AKSEM Perlis rampas mercun dan bunga api seludup bernilai RM12,299
Next post Kanak-kanak 3 tahun positif dadah disyaki angkara bapa tiri
Ubah saiz-+=