Nanas premium MD2 bakal jadi produk pelancongan baharu

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LINGGI 9 Feb. – Penanaman nanas premium MD2 di Kuala Linggi bakal dimajukan sebagai produk baharu dalam subsektor agro pelancongan Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, bagi tujuan itu pihaknya akan mempelbagaikan produk baharu daripada tanaman itu.

Katanya, produk nanas yang dihasilkan akan dipromosikan di setiap kedai pelancongan yang ada di Melaka bagi meningkatkan kebolehpasarannya.

“Dahulu Melaka terkenal dengan penanaman mangga Melaka Delite dan kini kita cuba tukar dengan produk baharu iaitu nanas premium yang bermutu tinggi berbanding yang dihasilkan di negeri lain.

“Buat permulaan, kita akan berurusan dengan setiap usahawan tani di kawasan ini bagi membangunkan pelbagai produk pertanian yang boleh dimajukan dalam subsektor pelancongan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas melakukan lawatan di ladang nanas Fionanas di Nusa Dusun Kuala Linggi, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Datuk Wira Ar. Ismail Othman; Pengarah Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Shaari Basiron.

1. JAILANI (tengah) mengadakan lawatan di ladang nanas Fionanas yang diusahakan pasangan suami isteri seluas 13.76 hektar di Nusa Dusun Kuala Linggi, hari ini.

2. NENAS Premium MD2 yang dihasilkan bakal membawa imej baharu dalam produk baharu subsektor agropelancongan di Melaka

Views:

1875
Kongsi :
Previous post RM16 juta ‘hidupkan’ pusat rekreasi Bukit Gapis
Next post Bekas perenang Malaysia dijel lapan minggu ingkar Perkhidmatan Negara
Ubah saiz-+=