Nenek 90 tahun maut dalam kebakaran, dua lagi mangsa terselamat

Masa Membaca:59 Saat

SIK 4 Ogos – Seorang wanita warga emas maut manakala dua lagi terselamat dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Charok Kit, Kampung Kemuning dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Maryam Mihat, 90, ditemui rentung di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

“Menantu mangsa, Zalina Mohamad, 55, cedera di bahagian kaki manakala anak lelaki mangsa, Shuid Awang, 63, tidak mengalami kecederaan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 5.23 pagi dan tiba pada 5.28 pagi di lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai bomba terdekat.

Kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 10 minit dan operasi memadam kebakaran tamat pada 9.51 pagi.

“Kebakaran itu menyebabkan 80 peratus bahagian rumah dua tingkat itu musnah, selain turut menyebabkan tiga motosikal rosak,” katanya dan menambah pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

374
Kongsi :
Previous post Cadang jenazah COVID-19 bukan Islam diurus secara kaedah pembakaran
Next post APMM rampas 750 kg daun ketum di muara Kuala Sanglang, Jerlun
Ubah saiz-+=