NSEA, XNOVA johan Game-on Esport MISDEC

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BATU BERENDAM 30 Julai – Kumpulan NSEA dan XNOVA membuktikan keunggulan apabila masing-masing dinobat johan pada Kejohanan Game-on ESport anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) bersama Todak Academy di Batu Berendam hari ini.

NSEA diisytihar pemenang kategori Mobile Legend (MLBB) dengan menewaskan pencabar terdekatnya MOZAC dan 5 WIRA yang terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dan ketiga.

Manakala XNOVA pula dinobat juara kategori Player Unknown Battle Ground (PUBG) selepas mengenepikan TEES X dan DBD R2K yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

Selaku johan, NSEA dan XNOVA membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, trofi, sijil penyertaan dan baucar dua hari satu malam di Hotel La Crista.

Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah RM1,500 dan RM1,000 beserta sijil dan baucar menginap dua hari satu malam di Hotel La Crista.

PASUKAN NSEA muncul juara bagi kategori MLBB selepas menewaskan 31 kumpulan dalam Kejohanan Game-on ESport MISDEC.

Selain acara berpasukan, kejohanan itu turut menobatkan Ahmad Firdaus Abdul Halim (NSEA) dan Muhammad Zikri Haziq Pa’al (XNOVA) sebagai pemenang anugerah Most Valuable Player (MVP) bagi kategori MLBB dan PUBG sekali gus membawa pulang wang tunai RM100.

Untuk rekod, seramai 379 peserta menyertai kejohanan Game-on Esport MISDEC melibatkan 36 pasukan bagi kategori PUBG dan 32 pasukan bagi kategori MLBB.

Penganjuran kejohanan sukan elektronik itu turut mendapat tajaan dari Yew Gadget dan Hotel La Crista.

Upacara penutup kejohanan itu dihadiri Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Khairul Adri Rosli; Pengerusi Jawatankuasa MISDEC Don Mardzi Ahmad Shamsuddin, Pengurus Besar Todak Academy Sdn Bhd Taufik Rizal Aminuddin, Pengarah Urusan Hotel La Crista Datuk Rosthman Ibrahim dan Pengarah Yew Gadget Yew Boon Xiang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1618
Kongsi :
Previous post Kawal produk tembakau mampu selamatkan 2 juta nyawa – Khairy
Next post Polis buru lelaki pecah cermin kereta, ugut pemandu wanita
Ubah saiz-+=