Nyamuk berwolbachia bantu kawal denggi

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat
JASIN 30 MEI – Projek Pelepasan Nyamuk Berwolbachia akan diteruskan secara berperingkat di negeri-negeri mencatatkan peningkatan kes demam denggi.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata, setakat ini projek itu melibatkan 27 lokaliti di empat negeri iaitu Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
“Bagi Negeri Melaka, sebanyak 300,000 nyamuk jenis ini telah dilepaskan sejak Mac 2022, Taman Bemban Jaya dipilih bagi projek ini berdasarkan kriteria ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Bagi fasa pertama, projek ini menggunakan kaedah pelepasan telur nyamuk Aedes berwolbachia, kini ia memasuki fasa kedua iaitu fasa pelepasan nyamuk berwolbachia dewasa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan pelepasan nyamuk berkenaan bagi fasa kedua di Taman Bemban Jaya, di sini, hari ini.
Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr. Rusdi Abdul Rahman.
Ujarnya, hampir 100,000 ekor nyamuk dewasa berwolbachia akan dilepaskan bagi fasa kedua di Taman Bemban Jaya bermula hari ini.
“Sekali pelepasan nyamuk ini adalah sebanyak 10,000 ekor mengikut keluasan lokaliti selama lapan minggu berturut-turut.
“Alhamdulillah, impak pelepasan nyamuk tiada kes demam denggi dilaporkan dari lokaliti ini pada Minggu Epidemiologi ke-21, sekali gus menunjukkan hasil yang positif,” katanya.
Katanya, selain tiada kes dilaporkan, kepadatan nyamuk Aedes berwolbachia juga mencapai 80 peratus frekuensi seperti yang disasarkan .
“Pada masa yang sama lokaliti kedua di negeri ini akan dipilih mengikut ketetapan KKM dan WHO.
“Kita sentiasa melakukan pemantauan dan memberi maklumat berterusan kepada masyarakat agar tidak membunuh nyamuk ini kerana ia antara kaedah paling selamat dan efektif dalam memerangani wabak denggi,” katanya.
Ends//
Nyamuk 1 – LUKANISMAN melepaskan nyamuk berwolbachia di rumah penduduk di Taman Bemban Jaya, hari ini.
Nyamuk 2 – PENOLONG Pegawai Sains Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP), Ahmad Ikhmal Ramli menunjukkan nyamuk dewasa berwolbachia.
Nyamuk 3 – LUKANISMAN diberikan penerangan tentang nyamuk tersebut oleh Jabatan Kesihatan Negeri.
Nyamuk 4 – LUKANISMAN bergambar bersama penduduk Taman Bemban Jaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1454
Kongsi :
Previous post Warga emas ditahan disyaki ikat, heret anjing dengan kereta hingga mati
Next post KITARecycle: Hab pandu lalu pertama di Melaka diperkenalkan
Ubah saiz-+=