Sorting by

×

OK Group sasaran nilai eksport RM15 juta tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 53 Saat

AYER KEROH 21 April – Syarikat pengeluar minuman herba, Orang Kampung Holdings (M) Sdn Bhd (OK Group) mensasarkan sebanyak RM15 juta nilai eksport tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan, Habibul ‘Ajmi Manggar berkata, nilai eksport itu sebagai permulaan awal mengerakkan pasaran luar negara iaitu Indonesia, India dan Dubai dekat Timur Tengah.

Menurutnya, sasaran itu dibuat berdasarkan permintaan tinggi terhadap produk keluaran syarikat seperti minuman tenaga Longjack X, Kacip Fatimah Kolagen serta Teh Herba Orang Kampung, sekali gus merupakan produk sasaran utama kumpulan.

” Kita juga ada produk khusus untuk pasaran antarabangsa yang mana tiada di jual di Malaysia tetapi kita buat khas atas permintaan negara tertentu misalnya Dubai, kita hasilkan produk minuman kopi kesihatan bagi mengawal gula dalam darah.

“Produk ini baru sebulan dilancarkan di negara tersebut dan ianya mendapat permintaan oleh pengguna di sana yang menghadapi masalah kencing manis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Amal Anak Yatim dan Asnaf anjuran OK Group di pasaraya Mydin di sini.

Seramai 30 murid berusia tujuh hingga 12 tahun dari keluarga kurang bernasib baik sekitar Umbai dan Serkam terpilih menyertai program itu.

Mereka dibawa membeli belah baju raya dengan peruntukkan RM300 setiap seorang termasuk pemberian duit raya serta dibawa berbuka puasa oleh OK Group sempena program itu.

Selain itu menurut Habibul, pihaknya lebih mensasarkan kepada pasaran Timur Tengah khususnya Dubai memandangkan OK group mempunyai rangkaian niaga di negara itu.

“Mereka ini akan bantu kita membawa produk OK Group ke pasaran yang luas di Timur Tengah kerana selepas Dubai, kita akan bergerak ke pasaran Jordan dan lain-lain,” katanya.

Ujar beliau, dari segi pendapatan syarikat tahun ini, pihaknya mensasarkan perolehan lebih baik berbanding tahun sebelumnya berikutan pandemik yang menimpa negara sebelum ini.

“Sasaran lebih baik dari pasaran luar negara kerana kita sudah banyak fokus kepada pasaran tempatan dan bagi tujuan itu juga, kita juga sudah mengerakkan pasaran di Indonesia yang mana terhenti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran program Amal Anak Yatim dan Asnaf anjuran OK Group, katanya, program tersebut telah memasuki tahun ke-12 pada tahun ini.

Ia katanya, merupakan acara wajib OK Group dalam menyantuni anak-anak dari keluarga kurang bernasib baik pada bulan Ramadan dan merupakan salah satu program khidmat masyarakat kumpulan kepada golongan yang memerlukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1199
Kongsi :
Previous post Penjaga dibenar teman pesakit di wad mulai 1 Mei – KKM
Next post UTeM Holding serah dividen RM2.9 juta kepada UTeM
Ubah saiz-+=