UTeM Holding serah dividen RM2.9 juta kepada UTeM

Masa Membaca:51 Saat

DURIAN TUNGGAL 22 April- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima penyerahan dividen RM2.9 juta nilai dividen daripada UTeM Holdings pada Majlis Berbuka Bersama Tun Canselor di UTeM kampus induk di sini, semalam.

Majlis penyerahan replika cek itu disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri  Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Datuk Seri Dr Hasim Hasan berkata penyerahan itu simbolik wang dividen UTeM Holding dikembalikan kepada UTeM untuk pembangunan insan mahasiswa di universiti terbabit.

Beliau turut berharap UTeM dapat menganjurkan banyak lagi aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan dan rohani pada tahun-tahun mendatang.

“Beralihnya ke fasa Endamik 1 April lalu, kita harapkan UTeM akan menganjurkan semula aktiviti yang memberi manfaat berpanjangan kepada mahasiswa dan orang awam seperti sebelum ini.

“Pada bulan Ramadan ini kita juga harap UTeM kembali dengan kegiatan (aktiviti) menarik secara berjemaah bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Iftar Bersama Tun Canselor di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1882
Kongsi :
Previous post OK Group sasaran nilai eksport RM15 juta tahun ini
Next post Polis nafi tidak saman individu tidak pakai pelitup muka semasa Ramadan, Syawal
Ubah saiz-+=